Friday, December 31, 2004

To Be Left Out In the Dark

Selamat Hari Jadi. Kau baru nak masuk 24 thn. Aku dah hampir 25 thn dah. Kenape kau lahir lambat sangat? Aku jealous kau pegi UK, pegi Spain. Aku nak ikot jugak. Kau memang tak guna.. macam MARA jugak..!



Aku tingat first time ko beckp ngan aku masa kat 2nd college. Masa tu Cik Nab tegur dulu.. sbb Cik Nab nak soh aku jadi rumet kau. (hufff.. nasib baik aku dapat berumet ngan O'a.. sbb dia suke nak kemaskan katil aku masa aku pegi mandi baru bangun tido.. :D). Aku tingat ko ckp tanak jd rumet O'a sbb dia suka bercerita. Ahahhahha... sure O'a kalau baca ni.. dia akan cakap "Celakak ko Cikpah!" Tapi takpe.. aku yg jd rumet dia. Dia suka kemas brg2 aku. Lipat baju aku. Baju aku pn dia penah basuh. Apa kate aku lantik dia jadi pembantu umah aku jek nanti.. hehhe.. ehh.. tertukar subjek plak.



Bila kau nak jemput aku utk nasi minyak kau? Aku nak betandang Kg Pasir Ambor. Nak cium bau taik lembu lagi. Seronok la. Tak pernah aku rasa suasana kampung macam tu. Kampung mak aku dekat bandar. Batu Burok. Kampung ayah aku pulak byk parit. Sabak Bernam. (hehhe... bapak aku Jawa).



Rindu aa.. kat mak kau nyer masak lemak cili api yg pedas tahap cipan. Mak Cik Nab masak kaw la.. mengancam jantung meruntun tangkai hati.. pijar lidah aku setaun. Mak aku tanye.. bile nak rasa tempoyak Cik Nab lagi..? Aku teringat dekat 'serbuk cili api' dalam balang peti ais umah kite.



Dulu.. kau suka tido dgn kipas yg teramat la laju. Sampai aku rasa bilik kau tu begegar. Tp ttp selimut kau tebal. Sekarang kat Guildford dah tak tahan sejuk ek..? Tu la.. Kalau kau mandi.. aku rasa macam nak roboh bilik air tu. Sama la jugak kalau kau basuh baju kat dapo belakang tu. Silap2.. runtuh umah kita.



Dah lama telefon meja aku ni tak berdering.. yg mana bila aku angkat.. keluar suara garau kau "Hello there.. the angel from my nightmare.." Ahahha... tegak bulu roma aku. Kau suke nyanyi lagu tp out of lyrics. Kau suke chop waktu utk kau online. Jumaat malam Sabtu. Kau selalu download ntah ape2 ntah... (tp yg selalu nya.. kau chatting dgn Yance.. :p) Aku selalu menyangkung tepi cpu kau.. nak tgk ape kau buat. Sbb ko suke ckp.. "Sue.. ko dah tgk tak videoclip ni..? Best!"



Kau mmg ada sense of camera yg sgt besar. Lagipn.. kau mesti ckp tgn kau menggeletar.. maka secara otometiknye.. kau akan ada dalam gambar tu. Kau selalu buat selera aku membuak2. Kalau kau makan.. mende yg tak sedap pn nampak sedap sgt2. Kalau kau belajar.. 5 mnt je waktu yg paling lama kau boleh concentrate. Dalam interval tu.. mesti kau akan nyanyi atau buat lawak atau kacau aku study. Lepas tu pulak.. aku ni selalu la sgt nye terpengaruh dengan kau. Cis..! Patut la result aku tak lawa. Ingat tak Sporte? Hehhe... tetibe teringat kawan kau tu.. yg kau kata dialah manusia paling sombong kau pernah kenal..



Ok la.. panjang pulak aku tulis pasal kau. Nanti kawan2 lain jealous pulak. Happy Birthday lagi sekali. Ingat ni.. its the thought that really counts..








~~Life is just begin..


Friday, December 24, 2004

Polaroid


Above and below. Cute faces that I like the most.







Mine.. at Batu Burok, Kuala Terengganu.



Wednesday, December 22, 2004

To Air One's Ignorance

Having a conversation with married women sometimes make me ponder. What would my life be after marriage. Kak Jue ask me to take jamu, go for urut, sleep early and of course baca Quran selalu. Kak Iza (my dearest mummy tiri) ask me not to be very depending on men. She does everything for household. From fetch her son, the bills, the laundry, groceries, the Bibik, house loan, properties, everything! From A to Z without her husband's helping hand. I wont do that. I mean... I can do it all like her but I dont want the things to be so easy for my future husband. Its about life-sharing. Agree... anybody?



Sanofi-Aventis Audit is finished with one finding on 'Air System'. I would say.. it was a major. No finding on 'Water System'. Suza in now in self conflict as she thought Shamsinar would kutuk her as she leave the company on audit season and left her with the major finding. Still terngiang-ngiang what Saras said yesterday while I was explaining to the auditor on my system.. "She's doing good. Very good. Organised..." Is that a compliment? Or her lakonan semata-mata.. as she always does.



Sound Of Music is coming to Istana Budaya on March 2005. I wish I wont miss it. But without Imah and Cikpah.. things like this would be difficult to come true.









~~Life is too-good-to-be-true

Friday, December 17, 2004

With best wishes

Rasa macam nak pecah kepala. Suza baru je abis handover segala 'maknenek-maknenek' pending job, files, report, etc. Huarghh... apela.. kengkonon memula kene handover dekat Saha. Tp sbb Saha tu teramat la bz nyerr.. maka Suza terpakse handover kat aku jugak. Untuk selamatkan diri... aku mesti bg Saha sume mende tu sebelum Isnin depan. Isnin is the Audit Day.. jejeng..! Makkk... terasa nak jd bengong dah ni. Macam kene hempap ngan batu. Secara tiba2.. otak tak berfungsi selama 15 saat. Lama jugak sesi serah nyerah ni. Dari kol 5 td sampai baru je abis ni aaa... bayangkan betapa byk workload! Dangg betul la..



From the other side of me.. aku sedih sgt sbb Suza blah. Dia byk tolong aku. Dr seorang yg bohodoh gila.. sampai skang ni dah cekap. Cekap sket la.. dah tau nak handle itu ini. Dah jadi tuff gila tahap gaban. Kene marah pn dah bleh lali sket. Iye aaa... cuba bygkan.. sejak aku masuk keje GSK ni.. aku tak dpt tunjuk ajar dari sesape pn. Since June 03 sampai Mar 04.. aku buat keje sendiri mengikut kepale otak aku fikir. Just imagine.. ape la sgt yg fresh graduate boleh buat masa tu. Masa tu takde manager. My late manager tu.. aku sempat keje ngan dia seminggu je. The last day tu.. dia siap pesan kat aku "U better find a new job. Susah U nak hidup sini takde guidance..." and that I remember until now. Mmg betul.. susah hidup aku sejak tu sampai la Suza masuk GSK and Saha become our boss. Sejak tu baru la ada guidance. Suza penah ckp.. masa first day dia join GSK.. dia tekejut tgk aku beckp ngan pekerja aku semua.. jerit2 dan kene ckp dgn tegas sgt2. "Garangnye minah ni..." Tapi lepas dia duduk seminggu.. dia pn dah jadi macam aku. Org bawah kami memang degil semuanya. Memang kene issue warning letter selalu. Semua dah naik lemak dah lama takda boss dan masing2 dah berada di comfort zone. Berapa kali aku dan Suza kene tipu dengan mereka. Tapi disebabkan kitorang ni bukan jenis yg duduk diam... mmg mereka kene balik la. Takkan nak biar org bawah pijak kepala kita!



Second day Suza kat GSK, dia dah dapat dengar Shamsinar maki hamun dan marah2 kami. Dekat bilik Shamsinar. Masa tu la Shamsinar cakap aku ni 'anak dara tak laku'. Aku ingat lagi ayat tu. Tapi time dia dah suka kat aku.. dia nak jodohkan aku dengan anak dia pulak. Takpe.. aku masih ingat ayat dia dulu. Suza cakap.. masa dia baru2 masuk dulu.. dia kesian tgk aku asyik kene marah dengan Shamsinar. Jadi dia banyak tolong aku. Dah banyak kali aku nangis pasal kerja... (takde siapa yg tak pernah nangis pasal kerja bila kene marah dengan Shamsinar..) Kerja kami bedua byk yg sama. Jadi byk yg faham sama2. Tp dia mmg terel. Kdg2 aku salute. Selalu jugak kami betekak sbb nak tegakkan kerja masing2. Tapi ok balik sbb professional. Hehe.. betekak waktu pagi.. time lunch.. "Jom gi Carrefour..!" :) Tgh2 lunch pn.. handphone berbunyi.. menggelabah balik ofis semula. Jarang kami dapat klua time lunch dengan tenang.



Kalau tentang kerja... kami sama2 mengumpat Saras. Kadang2.. Kasma pn join sekali. Ada gelaran untuk Saras, supaya senang nak refer dia time depan2 org ramai. Saras cukup tak suka kami berdua. Dia mmg tak suka sesiapa dekat department aku. Tapi dia orang kuat Shamsinar. Aku rasa.. sejak Suza masuk GSK.. dah jarang Shamsinar marah2 aku. Aku tau.. sebab pengaruh Suza. Shamsinar sangat sayang dekat dia. Jadi aku pn terselamat sekali. Kalau tidak.. posting aku sebelum ni... byk sgt konflik diri pasal kerja.
Kena marah.. kena marah.. kena marahh..!

Masa aku clash.. banyak aku mengadu dekat Suza. Dia selalu jadi pendengar setia. Kata dia.. kisah hidup aku banyak persamaam dengan kisah hidup dia. Taste kami pn byk yang sama... cepat2 aku berdoa aku dapat kerja tempat best2 macam dia. Puncak Niaga.. Ranhill.. GSK.. Petronas. Semua big2 company. (dan dapat suami baik macam dia dan.. anak yg comel macam anak dia.... :p)



Sekarang aku tinggal sorang2 balik. Terpaksa la baik2 ngan budak2 Production semula. Tapi mereka semua lelaki. Susah la nak ajak shopping waktu sembahyg Jumaat. Hmm.. takpe la.. aku carik hobby baru. Harap2 esok dapat handover issue2 ni pada Saha. Aku tak nak to be answerable untuk Audit Sanofi Isnin ni. Dha~~






Her last day in GSK




~~Life back to square one



Monday, December 13, 2004

Money back guarantee

Not in the mood of writing. But need to update something and tell the world. A few to list down:


*Lokman has been discharged from Pantai Medical. He's getting better. And cleverer. I went to Ayer Keroh last Thursday

*Finally, I got back my Nikon 5200. Love it.. loveeee it..

*Countdown for Suza:4 days left

*We had our lunch at Pantai Dalam. The highest kilometre that ever strike my car mileage for having our lunch there. Ayam Golek Pantai Dalam.Hehe.. to kill two birds with one stone.. because we were also heading to Jalan 225, PJ

*Terkantoi with Saha.. because we went out for lunch at 12.30 but never return untill 2.45. Wallaa..

*Saha said to Suza.. "Handover all to me.. don't handover to Suraya. I don't want her to be under pressure.." hehe.. I like this so that I don't have to be accountable to answer for the DCA Audit. Or maybe this is just their reason because.. Im not fit for the post. Ahh.. persetankan mereka..!<

*We went for Shah Mizar's wedding and I have to correct my self for having the thought that her wife is looks like Gwen Stefani. (but maybe in Malay version kot.. boleh laaa :))

*I got my kebaya from Kedai Kak Sapurah

*The most sad news is.. MARA is freezing their loan for next yearr.. huhu..



~~Life is a beginning of one end






Thursday, December 09, 2004

Bury The Hatchet

Im on leave tomorrow. The first place I wanna go is my x-lecturer, Dr Wan Ashri's office in UM... to seek for his advice. Im I choosing the right course or not. And also.. Im going to British Council. For IELTS registration. Im going to MARA too. Hopefully the form for study loan is still available. Im going to see Boomah. And kedai Kak Sapurah too. Hehaha.. rakuss... sume nak buat serentak esok. By the way.. I'm getting better. Manage to carry on my works. Appetite is back. Mak is not kecik ati anymore because of I-don-eat-her-cooking last week.



Luqman admitted in Pantai Medical. My poor little nephew. We have to pay him a visit. He's admitted for his operation next month.



The truth is.. my workload is getting bigger and heavier. Suza is leaving for Petronas. Im alone again. Fatimah is leaving too. She wanted to be a fulltime Domestic Officer (home maker) after her pregnancy. Office life is getting worst and worst... and once.. I did think that Saras can easily 'mugged' me after Suza's leaving (actually.. its more than once) because Im not persuasive to her... but relentlessly.. she has nobody else. From 15 executives here in my department, only 4 is left. U might say this is fraud. But it is the fact! So.. whether Im capable for my job or not.. inevitably she has to admit. (Hahhaa.. aku je yg paham ape aku tulis ni.. ni politik GSK kalau ko nak tau..)




~~Life is much much better now..

Monday, December 06, 2004

Doushite...?

Dalam waktu lebih kurang 3.45 ptg, Ahad, aku berada kat plant. Aku berada kat GSK kerana tanggungjawab aku. Nasib baik Allah telah beri petunjukNya untuk aku sedar kembali. Minggu lepas.. semua yang aku buat jadi serba tak kene. Fikiran asyik melayang. Aku rasa macam mimpi. Tak percaya dengan ape yg terjadi mlm 29 hb tu. Tak percaya dgn ape yg terjadi mlm2 lepas raya. Patut la rasa tak sesap ati je 2-3 hari lepas raya tu. Rupanya..sesuatu dah tejadi.



Lepas aku dapat call mlm tu.. aku terus menggigil2. Aku rasa marah sgt. Sedih belum muncul. Aku terus angkat fon dan call Cikpah kat Surrey. Tak jawab. Mungkin dia pergi kelas. Then aku call Imah kat London. Aku cerita segala-galanya pada Imah. Tp sikit pn aku tak nangis. Imah nangis untuk aku. Terima kasih kawan.. sebab kau betul2 memahami aku.



Pagi Selasa tu.. aku bangun dari katil. Sakit sgt kepala. Sbb aku tak dapat tido langsung mlm tu. Aku pk sekejap. Betul ke ape yg jadi? Aku mimpi ke? Mlm tu aku cekal sgt. Sikit pn tak klua air mata. Takpe.. Allah Maha Adil. Aku masuk bilik mak. Mak masih duduk atas katil. Aku dah nak start sedih. Aku peluk mak. "Dah putus mak.. dia ada perempuan lain..." Mak peluk aku erat2. Mak nangis untuk aku. Aku terus tak dapat tahan lagi rasa sedih aku. Seorang ibu menangis mengenangkan nasib anaknya yg malang. Aku nangis sepuas-puasnya kat mak. Bengkak muka aku. Mak risau.. takut aku eksiden lagi bawak kereta. Sbb aku pernah ada sejarah eksiden bile aku tensen dan bawak kereta.



Hari tu dekat ofis.. aku takde mood langsung nak buat keje. Makan pn tak lalu. Sejak saat tu sampai sekarang.. aku hanya makan bila aku tersgt lapar dan menggigil2. Aku nangis lagi. Aku nangis bila takde orang nampak. Aku sembhyg dan berdoa lama2. Aku menggigil lagi sbb tahan marah yg becampur sedih dan benci. Aku pergi klinik dan dapat 2 hari MC. Pukul 4.45 ptg aku dah bersiap nak balik. Tepat pukul 5 ptg aku balik terus. Tak pernah aku balik seawal tu. Dalam kereta aku call Cikpah sekali lagi. Aku mesti cerita dekat mereka. Kali ni Cikpah angkat. Dia baru bgn tido. Suara serak sakit tekak. Kau rawk la Cikpah. Aku cerita satu persatu pada Cikpah. Dia menangis bersama2 ngan aku. Terima kasih juga kawan.. sebab kau betul2 memahami aku. Sekarang baru aku sedar.. seorang sahabat lebih bermakna daripada seorang kekasih.. kekasih bukanlah segala-galanya.



Kerja aku jadi tunggang langgang. Dah 3 hari aku tak pergi kerja. 2 hari MC dan sehari EL. Bukan aku tak tau yg keje aku melambak sebab audit Disember ni. Aku tau.. tapi bile aku nak start buat keje je... aku rasa nak melalak. Kejap2 rasa geram yg teramat sgt. Rasa nak bunuh seseorang. Kejap2 rasa macam nak bunoh diri. Kejap2 rasa cam nak terbang gi Nagano. kejap2 aku mcm berharap jadi gempa bumi kat sana biar sumorang mati termasuk org tu. Tapi aku sedar.. tak baik doakan kecelakaan org lain. Biar Allah tentukan. Dia Maha Adil. Kejap2 aku rindu teramat sgt. Kejap2 aku rasa masih syg tp sgt2 kecewa. Kejap2 aku terbayang sesuatu. Akhir sekali.. aku nangis lagi. Kat ofis.. Kak Suza la yg jd pendengar setia. Dari dulu pn.. mmg aku selalu ceritakan pada dia. Obvious la jugak. Sampaikan Encik Saha tanya kenapa. Aku sayang bos aku. Dia bos aku yg paling concern.



Happy birthday. Saya ingat awak selalu. Semua yg saya tgk.. saya nampak awak. Henfon saya ingatkan awak. Awak kate henfon saya cantik. Black book kat ofis ingatkan awak jugak. Ada awak dlm tu. Bag saya. Sbb slalu masuk brg2 awak dlm tu bile kite jln2. Idd card collection saya melambak2. Dah tebal macam tayar kete kalau susun. Password acct saya semua kene tukar. Bila pegi dapo, tgk periuk pn ingat awak. Tgk sayur dlm peti ais pn ingat jugak. Awak nak tlg potong sayur kalau saya masak. Tgk sofa.. sbb awak penah describe sofa mcm mana awak nak beli nanti. Tgk pooh besa tu... ingat awak lg. Naik kete ingat awak. Awak kate nak drive bile dah ada lesen. Gi KLCC lagi trauma. Nampak Genki Sushi. Mid Valley pulak boleh buat saya nangis tiba2 tgh2 jln. Kiku Zakura. Ingat tak kite seram gile lalu kat kubur sbb nak gi mkn kat Bellamey? Lepas tu tutup plak tmpt tu. Ingat tak Cranberries? Rasa mcm nak buang je kaset tu. Naik Putra pn ingat kat awak. Simut saya.. sbb salu nyorok dlm simut bwh bantal busuk tu kalau awak tefon saya malam2. Nanti mak jage. Wallet awak ada lg? Dockers awak simpan elok2 tau. Awak ingat tak lagu Korean, Kiss-Because Im a Girl? Awak kate.. kalau saya buta mcm tu.. awak akan syg n jaga saya selamanya... tp saya belum buta pn lg.. sekarang baru saya faham maksud lagu tu. "Although I will curse you I'll still miss you since I am a girl, to whom love is everything. I can forgive but I cant forget even though you hurt me". Ya Allah.. jauhkan la ingatan ini dariku jika dia bukan untukku.



Aku dah cekal dan tabah bebanding seminggu lepas. Pedih hidung aku. Sbb ari2 berair je. Mak kata jgn nangis sgt. Nanti hilang mata. Itu kurniaan Allah yg paling bernilai utk kita lihat keindahan dunia. Aku tau ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin Dia lebih sygkan aku. Bg aku ujian sebesar ni supaya aku lebih tabah. Td dalam kereta masa balik dr keje.. aku jadi semangat sikit. Sbb aku dgr lagu ni. Diva - Aku Dia dan Kamu. Strong sgt lagu tu.. buat aku redha cekal n kuat. Bun kate aku tuff. Tima kasih adik Bun. Akak akan tabah. Kalau dah takde jodoh.. kite buat camne sekali pn.. mmg tak dapat. Tima kasih Ayu.. sbb bg smgt. Tima kasih Tyso sbb kau tak benci aku. Ya Allah.. kalau kau sayangi aku dgn tunjukkan aku jalanMu ini.. kau tunjukkan la juge jalan pada dia supaya dia buat pilihan yg bijak. Kalau aku bukan pilihan terbaik untuk dia.. berikan dia seseorang yg jauh lebih baik drpd aku. Supaya aku dapat terima kenyataan yg aku ni masih kekurangan. Bukan temukan dia dgn yg kurang drpdku. Dan Ya Allah.. Kau temukanlah aku dgn seseorg yg betul2 menghargai dan menyayangi aku sampai akhir hayatnya. Supaya aku dapat jadi ceria mcm dulu. Supaya aku ada selera nak mkn mcm dulu. Supaya aku dapat sentiasa syukur nikmatMu ya Allah. Kesian mak kecik ati sbb aku asyik tak boleh nak telan masakan dia.



Ada lagu aku nak paste kat sini. Semoga aku tabah. Awak.. lagu ni kite dgr masa awak balik Ogos aritu.. kat Desa Hartamas.



Adam - Haruskah



Di kala kau mencari cinta

Aku memberi... tetapi tak pernah ku rasakan

Di kala aku dilamun cinta dengan dirimu

Mengapa kau jauh dariku



Tiada cinta di dalam dirimu

Biarpun kau kata kau cinta padaku

Tidak kau rasa getaran ini

Tiada cinta lain sehebat cintaku



Haruskah aku menanti cinta ini

Kerna kau masih tak mengerti hatiku

Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'

Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku



Haruskah aku menahan perasaan

Tak sanggup kau bermain di fikiranku

Tak perlu kuucap apa diimpikan

Jadikan pengalaman cinta kita berdua



Setelah semuanya berlalu.... hatiku sepi

Akan kusimpan cintaku ini

Di kala engkau pergi dari ku

Aku tersendiri.... mengapa engkau begitu

Tiada cinta di dalam dirimu

Biarpun kau kata 'Baby I love you'

Tiada cinta getaran ini

Tiada cinta lain sehebat cintaku



Haruskah aku menanti cinta ini

Kerna kau masih tak mengerti hatiku

Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'

Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku



Haruskah aku menahan perasaan

Tak sanggup kau bermain di fikiranku

Lupakan semua apa diimpikan

Jadikan pengalaman cinta kita berdua



Haruskah aku menanti cinta darimu

Haruskah....




~~Love is like wind. I cant see it but I can feel it.