Memang agak lame. Sbb dah basi baru nak buat bende ni.
20 Tahun yang lalu (Tahun 1986)Aku tak berapa ingat apa dah jadi tahun 86. Yang aku ingat, aku masuk sekolah tadika sampai 3 bijik tadika. Pernah masa nak pindah tadika tu, aku bgtau cikgu aku "Cikgu, esok saya dah taknak dtg". Sebenarnya start esoknya, aku dah sekolah tadika yg lain. Tapi aku tak tau mcm mana nak bgtau cikgu tu. Masa first tadika, aku selalu dtg lmbt sbb malas nak bgn pagi. Habit tu lekat sampai tua. Bila dah kerja pn selalu dtg lmbt.
Ada sorang classmate aku merangkap jiran sebelah rumah, Indian, selalu kene tipu dgn aku. Seingat aku, dia pernah kene tipu yg aku ada sorok jam tgn bawah kulit lengan. Boleh tahan jugak aku kelentong org kekecik dulu.
Tadika terakhir aku adalah tadika untuk anak2 air force tapi yang sebenarnye bapak aku army officer. Dekat tadika ni la aku pernah dapat anugerah "Budi Pekerti Mulia". Platter tu aku masih display kat dalam almari umah aku sampai sekarang.
10 Tahun yang lalu (Tahun 1996)Tahun 96 agak sedikit saks. Sebab tahun ni aku masuk SBP. Jauh dari KL. Asek terasa nak balik umah je. Aku tak suka sgt cerita zaman sekolah especially sekolah ni. Cut it short. Tapi disebabkan homesick tahap dewa la aku jadi rajin belajar.
5 tahun yang lalu (Tahun 2001)2001 adalah tahun yg paling mengecewakan dalam sejarah kegemilangan akademik aku. Tahun aku pernah dapat CGPA yg teruk ya amat. Aku tak tau kenapa. Agak2 nya sebab aku salah pilih subject. Aku ambik 9 subject dalam semester tu. 7 drpdnya core Chemical Engineering subject. Dan aku kantoi 4 paper okayyy! Bodoh gile! Takot gila Shinetsu tarik balik duit scholer.
Selain dari perkara ni, aku tak dapat ingat apa2 lagi perkara yang menarik. Sebab bagi aku, kantoi paper adalah perkara yg paling memalukan dalam hidup.
3 Tahun yang lalu (Tahun 2003)2003 adalah tahun aku dah jadi super senior dkt UM. Masa tu, UM aku yang punya. Aku selalu sgt parking kereta dkt tmpt Lecturer atau staff UM. Tayar kereta aku tak penah kene clamp. Sungguh licik. Tapi selicik2 aku yang tak pernah kene clamp dalam UM, aku pernah kene clamp dkt PJ seksyen 14. Melayang RM50 nak bukak clamp tu. Tu la, dunia ni bulat.
Tahun ni jugak aku kerja part time dkt Midveli as sales girl. Aku kerja everyday sampai closing. Kalau kat 'emporium' selalu ada Kiosk jual brg2... aku ada la dkt one of those kiosk, jual origami, soft toys, quilted dresses with smoking and all other cute things.
Selepas grad, aku menganggur 3 bln. Tak sangka dapat kerja dkt GSK. Sebab aku pernah mintak untuk buat practical tapi kene tolak. Alangkah bagusnya kalau dapat buat training kat sini dulu. Dpt kenal org sini lebih cepat. :(
Permulaan kerja kat GSK sgt teruk. Dgn kerja yg teruk, management yg tak betul dan gaji yg menyedihkan. Aku agak tertekan. Dan rasa terhina dgn kerja sendiri. Aku kene penindasan yg amat teruk dalam kerja. Tp waktu itu, aku byk berfikir. Jgn keluar mulut harimau, masuk mulut buaya pulak. Setiap interview utk kerja kat tmpt lain aku pergi. Tapi aku tak terburu2. Sbb aku fikir, the grass is always greener on the other side.
Tahun Lepas (Tahun 2005)Tahun lepas adalah tahun di mana aku rasa aku dpt naik cpt sgt. Tahun lepas adalah tahun yg aku dapat perform kerja aku very well. Tahun lepas aku dah nampak apa aku punya focus. Aku dah berjaya manage segala perkara yg tunggang langgang masa aku dpt position ni. Aku dah dapat kembalikan maruah staff bawahan aku dan pulihkan nama mereka. Dah dapat betulkan perkara yang tak betul selama ni menjadi panduan mereka. Dan yang paling penting, aku dah dapat buat pembaharuan dan development untuk diri sendiri. Semua ni sebab aku jadi bersemangat untuk kerja di GSK atas dorongan seseorang.
Perkara terpenting dalam hidup terjadi dalam bulan Ogos. Aku telah memiliki kereta Waja. Perkara termahal pernah aku beli dalam hidup, yang menyebabkan aku miskin sbb duit terkompol habis buat downpayment. Harap2, aku dapat jual kereta tu satu hari nanti. Sbb waktu tu, aku nak naik kereta lagi satu.
Tahun ini (Tahun 2006)Setakat yang aku tulis ni, hari ni baru hari ke-27 dlm tahun 2006. Byk lagi perkara yg bakal terjadi. Jadi tak perlu tulis apa2.
Tahun Depan (Tahun 2007)Kalau aku masih kat GSK, harap2 dapat jadi Utility Manager dalam akhir tahun. Aku nak manage semua Utility system. Without my boss to interfere. Aku nak aku yg buat planning dan decision untuk semua important and critical things. Huishhh...
10 Tahun yang hadapan (Tahun 2016)Hmmm... masa ni umur pn dah 36. Tp lmbt lagi utk forecast apa. Sbb aku bukannya ambitious pn. Blah!