Friday, January 27, 2006

I've Been Tagged

Memang agak lame. Sbb dah basi baru nak buat bende ni.



20 Tahun yang lalu (Tahun 1986)



Aku tak berapa ingat apa dah jadi tahun 86. Yang aku ingat, aku masuk sekolah tadika sampai 3 bijik tadika. Pernah masa nak pindah tadika tu, aku bgtau cikgu aku "Cikgu, esok saya dah taknak dtg". Sebenarnya start esoknya, aku dah sekolah tadika yg lain. Tapi aku tak tau mcm mana nak bgtau cikgu tu. Masa first tadika, aku selalu dtg lmbt sbb malas nak bgn pagi. Habit tu lekat sampai tua. Bila dah kerja pn selalu dtg lmbt.



Ada sorang classmate aku merangkap jiran sebelah rumah, Indian, selalu kene tipu dgn aku. Seingat aku, dia pernah kene tipu yg aku ada sorok jam tgn bawah kulit lengan. Boleh tahan jugak aku kelentong org kekecik dulu.



Tadika terakhir aku adalah tadika untuk anak2 air force tapi yang sebenarnye bapak aku army officer. Dekat tadika ni la aku pernah dapat anugerah "Budi Pekerti Mulia". Platter tu aku masih display kat dalam almari umah aku sampai sekarang.



10 Tahun yang lalu (Tahun 1996)



Tahun 96 agak sedikit saks. Sebab tahun ni aku masuk SBP. Jauh dari KL. Asek terasa nak balik umah je. Aku tak suka sgt cerita zaman sekolah especially sekolah ni. Cut it short. Tapi disebabkan homesick tahap dewa la aku jadi rajin belajar.



5 tahun yang lalu (Tahun 2001)



2001 adalah tahun yg paling mengecewakan dalam sejarah kegemilangan akademik aku. Tahun aku pernah dapat CGPA yg teruk ya amat. Aku tak tau kenapa. Agak2 nya sebab aku salah pilih subject. Aku ambik 9 subject dalam semester tu. 7 drpdnya core Chemical Engineering subject. Dan aku kantoi 4 paper okayyy! Bodoh gile! Takot gila Shinetsu tarik balik duit scholer.



Selain dari perkara ni, aku tak dapat ingat apa2 lagi perkara yang menarik. Sebab bagi aku, kantoi paper adalah perkara yg paling memalukan dalam hidup.



3 Tahun yang lalu (Tahun 2003)



2003 adalah tahun aku dah jadi super senior dkt UM. Masa tu, UM aku yang punya. Aku selalu sgt parking kereta dkt tmpt Lecturer atau staff UM. Tayar kereta aku tak penah kene clamp. Sungguh licik. Tapi selicik2 aku yang tak pernah kene clamp dalam UM, aku pernah kene clamp dkt PJ seksyen 14. Melayang RM50 nak bukak clamp tu. Tu la, dunia ni bulat.



Tahun ni jugak aku kerja part time dkt Midveli as sales girl. Aku kerja everyday sampai closing. Kalau kat 'emporium' selalu ada Kiosk jual brg2... aku ada la dkt one of those kiosk, jual origami, soft toys, quilted dresses with smoking and all other cute things.



Selepas grad, aku menganggur 3 bln. Tak sangka dapat kerja dkt GSK. Sebab aku pernah mintak untuk buat practical tapi kene tolak. Alangkah bagusnya kalau dapat buat training kat sini dulu. Dpt kenal org sini lebih cepat. :(



Permulaan kerja kat GSK sgt teruk. Dgn kerja yg teruk, management yg tak betul dan gaji yg menyedihkan. Aku agak tertekan. Dan rasa terhina dgn kerja sendiri. Aku kene penindasan yg amat teruk dalam kerja. Tp waktu itu, aku byk berfikir. Jgn keluar mulut harimau, masuk mulut buaya pulak. Setiap interview utk kerja kat tmpt lain aku pergi. Tapi aku tak terburu2. Sbb aku fikir, the grass is always greener on the other side.



Tahun Lepas (Tahun 2005)



Tahun lepas adalah tahun di mana aku rasa aku dpt naik cpt sgt. Tahun lepas adalah tahun yg aku dapat perform kerja aku very well. Tahun lepas aku dah nampak apa aku punya focus. Aku dah berjaya manage segala perkara yg tunggang langgang masa aku dpt position ni. Aku dah dapat kembalikan maruah staff bawahan aku dan pulihkan nama mereka. Dah dapat betulkan perkara yang tak betul selama ni menjadi panduan mereka. Dan yang paling penting, aku dah dapat buat pembaharuan dan development untuk diri sendiri. Semua ni sebab aku jadi bersemangat untuk kerja di GSK atas dorongan seseorang.



Perkara terpenting dalam hidup terjadi dalam bulan Ogos. Aku telah memiliki kereta Waja. Perkara termahal pernah aku beli dalam hidup, yang menyebabkan aku miskin sbb duit terkompol habis buat downpayment. Harap2, aku dapat jual kereta tu satu hari nanti. Sbb waktu tu, aku nak naik kereta lagi satu.



Tahun ini (Tahun 2006)



Setakat yang aku tulis ni, hari ni baru hari ke-27 dlm tahun 2006. Byk lagi perkara yg bakal terjadi. Jadi tak perlu tulis apa2.



Tahun Depan (Tahun 2007)



Kalau aku masih kat GSK, harap2 dapat jadi Utility Manager dalam akhir tahun. Aku nak manage semua Utility system. Without my boss to interfere. Aku nak aku yg buat planning dan decision untuk semua important and critical things. Huishhh...



10 Tahun yang hadapan (Tahun 2016)



Hmmm... masa ni umur pn dah 36. Tp lmbt lagi utk forecast apa. Sbb aku bukannya ambitious pn. Blah!

Tuesday, January 24, 2006

Malaysian Customer Service - Saks

Hari ini tiba2 aku jadi rajin sikit. Aku nak ckp psl customer service di Malaysia. Satu perkataan untuk describe. S.A.K.S. Memang teruk. Untuk topik ni, aku tak suka Malaysian.



Dalam dua hari berturut2.. aku bengang dan tak dapat tahan sabar. Kes pertama, pasal main bowling. Aku dan adik2 aku disuruh tukar lane dengan paksaan. Memang tak jadi hal kene tukar lane. Tapi suruh la dgn penuh polite. Dan bagila alasan munasabah. Ini tidak, alasan dia sbb ada team lain dah booking lane tu. Tipu. Sebenarnya team tu baru je datang lepas kitorang dah baling bola sorang 8 kali. Kalau betul pn diorang dah booking sebelum tu, sepatutnya pihak management bowling tu kene letak sign dkt screen tv tu. Tapi takde. Tambah menyirap darah, bila dia padam screen tv tu masa adik aku tgh baling bola. Sudahnya.. aku begaduh dgn management. Nasib baik kayu lane tu tak pecah aku kerjakan. Nak lepas geram, kasut bowling tu kitorang campak2 bawah seat. Kutip la sendiri! Customer Service rating = 0/5.



Kes kedua terjadi dekat Eon Bank. Ini kes customer service yg bodo. Selalunya, bila aku dtg setiap bulan utk bayar kete, aku terus masuk dan ambil no giliran. Jadi, seperti biasa, aku ambil no giliran dan terus duduk. 1360. No sekarang, 1261. Betapa ramai la org dlm bank tu time tu. 9 Jan. Sehari sblm Raya Qurban. Agaknya ramai sgt org cuti haritu. Ada satu line kat kaunter 5 yang tak perlu ambil no giliran. Cuma beratur dan buat urusan. Tapi itu untuk urusan loan. Tgh syok tgk org lain punya aksi dan ragam, sedar2 dah 40 minit aku tunggu. No baru 1288. Lagi 72 org. Dem. Aku tukar tmpt. Berdiri tepi pintu. Tiba2 ada sorang perempuan Cina yang dah converted to Muslim masuk dan tanya Pakcik Guard. "Baya kete kat kaunter mane cik?". Dengan selambe Pakcik Guard tu jawab. "Beratur pn bole, ambil no pn bole. Mane-mane pn boleh". Huh! Sekelip mata, orang2 yang sedari tadi duduk tunggu no giliran terus berdiri dan beratur di kaunter 5. Termasuk aku. Bengangnye dgn Eon Bank Wangsa maju Seksyen 1. Semua sekali. Dari Pakcik Guard sampai Branch Manager. Diorang tak tau ke Visual Display? Diorang takde system ke? Customer Service rating = 1/5. Aku keluar dari bank tu pukul 2.45 dan masuk office balik pkl 3 ptg.



Pagi tadi, masa dalam perjalanan dtg office, byk kerete dr arah bertentangan bg high beam. Speed trap. Untuk ni, aku suka rakyat Malaysia. Kalau tidak, aku mesti dah kene speed trap.





~~ Life is about adapting other people's attitude

Monday, January 23, 2006

Your love is all around me

I love you. I love you a lot.









Who are YOU?









Whoever you are... I love you! Period.

Thursday, January 05, 2006

The Long Hiatus...

What have you done for 2005? Anything BIG? Anything that you cant forget? Anything historic? Anything remarkable and extraordinary?



Since I was young, I’ve always wanted to learn how to play any musical instrument but all I’ve learned so far, is recorder, the one which everybody have learned during primary school. Instead of drum, I’ve started my guitar class. But the class postponed until further notice.



Refer back to my first entry in 2005, I can only check ONE of that list.



By the way, I think O&G company is not everything. Wherever place you are working in and what ever field are you in, electronic, pharmaceutical, civil and structural, retail, logistic, marketing, broadcasting (just to name a few) as long as you like your work, you’ll perform and you will get excellent appraisal from your boss and of course good pay.




~~Love will conquer all.