Aku ada kerja nak kene present esok walaupun masih tak siap dan dlm draft dan ditambah pula dengan laptop yang baru saja boleh on sebab kene hantar IT Department untuk upgrade selama 4 jam. Rugi masa. Tapi aku terpanggil untuk kemukakan satu topik ni. ”Org jujur sgt, rugi”.
One of my staff texted me sebab nak balik awal petang ni at 4.30 pm. Dia nak hantar kawan lamanya ke KLIA. Aku agak linient dan secara bergurau, aku reply dan tanya balik “OK, nak hantar Markonah ke?”. Markonah adalah nama jolokan yang kami panggil utk gf dia. Dan dia text balik. Reply me’reply’ terjadi dan sampai la kepada textnya yang terahkir ”Org jujur sgt, rugi!”.
Rupa-rupanya dia nak hantar exgf dia, tanpa pengetahuan current gf. Bolehkah? Aku selalu rasa tak betul, tak ok, tak baik, tak bagus, bersalah kalau la aku buat perkara macam ni. Jgnkan nak jumpe ex, jumpa exclassmate pn tidak. Dan kadang2, jumpa kawan rapat perempuan pun agak susah. Kenapa ek? Pernah tak terjadi dekat org lain perkara macam ni? Mungkin pernah atau mungkin juga tak.
Sebab kita terlalu rapat dan terlalu bergantung pada partner kita ke? Atau partner kita terlalu mengongkong kita ke? Atau kita ni cun sangat ke sampai dia takut org lain akan tertarik kat kita so kita tak boleh jumpe org lain? Adalah mustahil.
Kalau dah berkahwin, perkara macam tu adalah sedia maklum. Memang tak boleh keluar tanpa izin. Tapi, tak la sampai jumpa kawan lama pn tak boleh kan? Adakah kalau dah kawen tu, hidup adalah totally berdua sahaja. Or bertiga kalau anak satu, berempat kalau anak dua and so on. Tiada masa jumpa kawan2? Sangat sibuk mengurus rumah tangga dan kerja? Macam mana ye nak bahagi masa. Aku taknak hilang kawan2 rapat aku sebab berkahwin. Tapi memang ada yer org macam ni.
Ada kawan2 aku yg terus lost contact lepas kawen. Ini adalah tidak bagus. Tapi memang kebanyakan kawan bersikap begitu. Mereka hanya contact kawan2 yg juga sudah berkahwin. Mungkin cerita mereka selalunya similar. Mungkin cerita org single agak berlainan. Kehidupan masih bebas. Selalunya org berkawen ni cerita berkisar pasal anak la, suami la, masak la. Tapi kalau pasal masak, masih boleh contact kawan yg single kan? Hairan.
Bagi aku sendiri, aku juga agak memilih utk contact kawan2 aku yg sudah berkahwin. Ada sesetengah tu, kalau bercakap dgn dia je, soalan wajib mesti nak tanya bila aku nak kawen. Kawen la cepat nanti dah tua tak larat nak beranak. Nanti kita berumur anak masih kecil bla bla... BOSAN. Macam la aku tak tau kan aku kene kawen. So aku malas nak contact dah. Kalau kawan aku yang rawk, walaupun dah busy, dia masih contact, tak tanya soalan2 bombastic dan ajak jumpa. Mungkin cara ajak jumpa tu lain sbb dia terikat dgn komitmen. Contoh, instead of jumpa kat luar or tempat shopping, dia buat makan2 dekat rumah dan jemput kawan2. Im ok with this yer.
Ok nampak macam aku dah terlari topic. Since boss dah panggil, so I penned off.
7 comments:
hmmm...ni isu sensitip, yerla ada org prefer that way ada prefer this way..
so malas nk cakap pasal orang. aku cakap pasal aku.
mengongkong ni buat aku rimas la. both to me n husband. aku rimas kene kongkong and aku rimas nk kongkong org. so kiterorg jenis yg benarkan pasangan utk bersocial dan jumpa kawan-kawan just like old times. takder barrier wpun dah kawen.
imran can still play futsal ngan kawan2..aku still boleh kuar dgn galfrens shopping like a virgin. but commitment dgn family of course above all. so kalau ada benda lagi penting, mmg la aku / husband aku lebih diutamakan.
tapi kalau tak ada apa2 masalah, kenapa nk kongkong kan? tkkan nk ngadap muka kiter sorang jer sehari suntuk.
a little gap allowed, will bring u closer to each other :)
aku rasa sgt bersyukur sbb buat bisnes ni... sng nk jumpa kwn2 lama..
sue.. itu semua adalah soalan2 biasa, sama jugak utk org yg dh kawen, yg dh ade anak... so, ignore je soalan2 itu, and smile :D kang kalau dipikir2 kan akan jd stress...
depends.
kalo jumpe kawan2 ok je. tp make sure beramai2, jgn ber2-2 ok.
tp jumpe exgf/exbf, aku rase bagi aku takboleh. (skali lagi, especially kalo ber2. kalo perlu jugak jumpe, bawak aku skali!)
hehe. ai mmg kaki cemburu bute:-".
dan, bf yg tak kasi jumpe kwn2 (walopon adalah gender yg same is totally a freaky).
hnm entahlah. wallahualam. everything ialah sgt depends kpd keadaan.
ayu: aku pn tak suka kene kongkong. tp aku still rasa tahap kongkongan tu ada level2 nyer.. ada org yg maybe agak liar, bebas, so bila tak dapat gi memane dia rasa tekanan yg amat. tp kalo org tu tak liar or bebas sgt, maybe dia boleh tolerate or rasa biasa2 je kot...
nana: yer.. aku mmg suke kalau lunch ngan ko. mmg tak buat bisnes la.. tp ngumpat gosip ngumpat gosip. n ko tak penah tanye bile aku nak kawen.. or cite psl anak ke laki ke... beshhhh..! tu sbb aku enjoy kalau jumpe ko. kite cite mcm time kat UM plak gayanye...
vid the vad: yerr... bwk aku skali.. nak ikott...! tp aku mmg taknak jumpe la ex aku yg first tu. siap taknak ngaku pn ade gak.. ahahha..
nampak sgt cik pah kaki kongkong .. kkeekekeke... :p
Post a Comment