Perjalanan aku belum selesai
Banyak perkara yg masih terbengkalai
Hutang pun belum langsai
Tapi mengapa aku di sini tersadai?
Aku ingin ke Yorkshire dan mendaftar di Leeds
Tapi kesungguhan aku masih tipis
Aku juga ingin ke Guilford
Mengaji di Surrey
Buat apa?
Untuk kembung perut makan angin bersukaria?
Atau untuk benar2 belajar Sarjana?
Mungkin juga kerana letih bermati-matian di GSK
Letih memerah otak berfikir
Hinggakan saban hari tiada senyuman terukir
Entah-entah kemaruk dengan penangan Cikpah
Ahh... aku tak kisah
Yang pasti.. suatu hari akan ku redah
Walaupun payah akan ku gagah
Impianku mesti kukecapi
Tak kira sepuluh tahun lagi
Benua Eropah ku jejak nanti
~~Rancanglah kehidupan masa depan kita.. gagal merancang.. bermakna merancang untuk gagal..
No comments:
Post a Comment