Dalam waktu lebih kurang 3.45 ptg, Ahad, aku berada kat plant. Aku berada kat GSK kerana tanggungjawab aku. Nasib baik Allah telah beri petunjukNya untuk aku sedar kembali. Minggu lepas.. semua yang aku buat jadi serba tak kene. Fikiran asyik melayang. Aku rasa macam mimpi. Tak percaya dengan ape yg terjadi mlm 29 hb tu. Tak percaya dgn ape yg terjadi mlm2 lepas raya. Patut la rasa tak sesap ati je 2-3 hari lepas raya tu. Rupanya..sesuatu dah tejadi.
Lepas aku dapat call mlm tu.. aku terus menggigil2. Aku rasa marah sgt. Sedih belum muncul. Aku terus angkat fon dan call Cikpah kat Surrey. Tak jawab. Mungkin dia pergi kelas. Then aku call Imah kat London. Aku cerita segala-galanya pada Imah. Tp sikit pn aku tak nangis.
Imah nangis untuk aku. Terima kasih kawan.. sebab kau betul2 memahami aku.
Pagi Selasa tu.. aku bangun dari katil. Sakit sgt kepala. Sbb aku tak dapat tido langsung mlm tu. Aku pk sekejap. Betul ke ape yg jadi? Aku mimpi ke? Mlm tu aku cekal sgt. Sikit pn tak klua air mata. Takpe.. Allah Maha Adil. Aku masuk bilik mak. Mak masih duduk atas katil. Aku dah nak start sedih. Aku peluk mak. "Dah putus mak.. dia ada perempuan lain..."
Mak peluk aku erat2. Mak nangis untuk aku. Aku terus tak dapat tahan lagi rasa sedih aku. Seorang ibu menangis mengenangkan nasib anaknya yg malang. Aku nangis sepuas-puasnya kat mak. Bengkak muka aku. Mak risau.. takut aku eksiden lagi bawak kereta. Sbb aku pernah ada sejarah eksiden bile aku tensen dan bawak kereta.
Hari tu dekat ofis.. aku takde mood langsung nak buat keje. Makan pn tak lalu. Sejak saat tu sampai sekarang.. aku hanya makan bila aku tersgt lapar dan menggigil2. Aku nangis lagi. Aku nangis bila takde orang nampak. Aku sembhyg dan berdoa lama2. Aku menggigil lagi sbb tahan marah yg becampur sedih dan benci. Aku pergi klinik dan dapat 2 hari MC. Pukul 4.45 ptg aku dah bersiap nak balik. Tepat pukul 5 ptg aku balik terus. Tak pernah aku balik seawal tu. Dalam kereta aku call Cikpah sekali lagi. Aku mesti cerita dekat mereka. Kali ni Cikpah angkat. Dia baru bgn tido. Suara serak sakit tekak. Kau rawk la Cikpah. Aku cerita satu persatu pada Cikpah.
Dia menangis bersama2 ngan aku. Terima kasih juga kawan.. sebab kau betul2 memahami aku. Sekarang baru aku sedar..
seorang sahabat lebih bermakna daripada seorang kekasih.. kekasih bukanlah segala-galanya.
Kerja aku jadi tunggang langgang. Dah 3 hari aku tak pergi kerja. 2 hari MC dan sehari EL. Bukan aku tak tau yg keje aku melambak sebab audit Disember ni. Aku tau.. tapi bile aku nak start buat keje je... aku rasa nak melalak. Kejap2 rasa geram yg teramat sgt.
Rasa nak bunuh seseorang. Kejap2 rasa macam nak bunoh diri. Kejap2 rasa cam nak terbang gi Nagano. kejap2 aku mcm berharap jadi
gempa bumi kat sana biar sumorang mati termasuk org tu. Tapi aku sedar.. tak baik doakan kecelakaan org lain. Biar Allah tentukan. Dia Maha Adil. Kejap2 aku rindu teramat sgt. Kejap2 aku rasa masih syg tp sgt2 kecewa. Kejap2 aku terbayang sesuatu. Akhir sekali.. aku nangis lagi. Kat ofis.. Kak Suza la yg jd pendengar setia. Dari dulu pn.. mmg aku selalu ceritakan pada dia.
Obvious la jugak. Sampaikan Encik Saha tanya kenapa. Aku sayang bos aku. Dia bos aku yg paling concern.
Happy birthday. Saya ingat awak selalu. Semua yg saya tgk.. saya nampak awak. Henfon saya ingatkan awak. Awak kate henfon saya cantik.
Black book kat ofis ingatkan awak jugak.
Ada awak dlm tu. Bag saya. Sbb slalu masuk brg2 awak dlm tu bile kite jln2.
Idd card collection saya melambak2. Dah tebal macam tayar kete kalau susun.
Password acct saya semua kene tukar. Bila pegi dapo, tgk periuk pn ingat awak. Tgk
sayur dlm peti ais pn ingat jugak. Awak nak tlg potong sayur kalau saya masak. Tgk sofa.. sbb awak penah describe sofa mcm mana awak nak beli nanti. Tgk pooh besa tu... ingat awak lg. Naik kete ingat awak. Awak kate nak
drive bile dah ada lesen. Gi KLCC lagi trauma. Nampak Genki Sushi. Mid Valley pulak boleh buat saya nangis tiba2 tgh2 jln.
Kiku Zakura. Ingat tak kite seram gile lalu kat kubur sbb nak gi mkn kat Bellamey? Lepas tu tutup plak tmpt tu. Ingat tak
Cranberries? Rasa mcm nak buang je kaset tu. Naik Putra pn ingat kat awak. Simut saya.. sbb salu
nyorok dlm simut bwh bantal busuk tu kalau awak tefon saya malam2. Nanti mak jage. Wallet awak ada lg? Dockers awak simpan elok2 tau. Awak ingat tak lagu Korean, Kiss-Because Im a Girl? Awak kate.. kalau saya buta mcm tu.. awak akan syg n jaga saya selamanya... tp saya belum buta pn lg.. sekarang baru saya faham maksud lagu tu. "Although I will curse you I'll still miss you since I am a girl, to whom love is everything. I can forgive but I cant forget even though you hurt me".
Ya Allah.. jauhkan la ingatan ini dariku jika dia bukan untukku.
Aku dah cekal dan tabah bebanding seminggu lepas. Pedih hidung aku. Sbb ari2 berair je. Mak kata jgn nangis sgt.
Nanti hilang mata. Itu kurniaan Allah yg paling bernilai utk kita lihat keindahan dunia. Aku tau ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin Dia lebih sygkan aku. Bg aku ujian sebesar ni supaya aku lebih tabah. Td dalam kereta masa balik dr keje.. aku jadi semangat sikit. Sbb aku dgr lagu ni.
Diva - Aku Dia dan Kamu.
Strong sgt lagu tu.. buat aku redha cekal n kuat. Bun kate aku tuff. Tima kasih adik Bun. Akak akan tabah. Kalau dah takde jodoh.. kite buat camne sekali pn.. mmg tak dapat. Tima kasih Ayu.. sbb bg smgt. Tima kasih Tyso sbb kau tak benci aku. Ya Allah.. kalau kau sayangi aku dgn tunjukkan aku jalanMu ini.. kau tunjukkan la juge jalan pada dia supaya dia buat pilihan yg bijak. Kalau aku bukan pilihan terbaik untuk dia.. berikan dia seseorang yg jauh lebih baik drpd aku. Supaya aku dapat terima kenyataan yg aku ni masih kekurangan. Bukan temukan dia dgn yg kurang drpdku. Dan Ya Allah.. Kau temukanlah aku dgn seseorg yg betul2 menghargai dan menyayangi aku sampai akhir hayatnya. Supaya aku dapat jadi ceria mcm dulu. Supaya aku ada selera nak mkn mcm dulu. Supaya aku dapat sentiasa syukur nikmatMu ya Allah. Kesian mak kecik ati sbb aku asyik tak boleh nak telan masakan dia.
Ada lagu aku nak paste kat sini. Semoga aku tabah. Awak.. lagu ni kite dgr masa awak balik Ogos aritu.. kat Desa Hartamas.
Adam - Haruskah
Di kala kau mencari cinta
Aku memberi... tetapi tak pernah ku rasakan
Di kala aku dilamun cinta dengan dirimu
Mengapa kau jauh dariku
Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata kau cinta padaku
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku
Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku
Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Tak perlu kuucap apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua
Setelah semuanya berlalu.... hatiku sepi
Akan kusimpan cintaku ini
Di kala engkau pergi dari ku
Aku tersendiri.... mengapa engkau begitu
Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata 'Baby I love you'
Tiada cinta getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku
Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku
Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua
Haruskah aku menanti cinta darimu
Haruskah....
~~Love is like wind. I cant see it but I can feel it.